1. Sebelum Isra' dan Mi'raj
Rasulullah
S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat
Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air Zam²,
dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah
S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin
nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan
“Isra'” itu.
2. Semasa Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang
perjalanan (isra') itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh
malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang
mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya
berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat² berkenaan
ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin
‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang
amat ajaib. Antaranya :
-
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu
oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang
lebih banyak.
-
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail :
Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama
suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh
beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
-
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang²
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
-
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah
orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
-
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing² mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
-
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
-
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir
mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
-
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
-
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak
dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
-
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.
-
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah
orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
-
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.
Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam
masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan
mursalin menjadi makmum.
Rasulullah
S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak
dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:
Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai
umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mi'raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan
Mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail
naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
i.
Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama,
lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang
makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.
ii.
Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi².
Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di
Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W.,
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada
malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah
untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu "LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".
Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku
kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar
airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LAH ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR
dan
WA LAH HAULA WA LAH QUWWATA ILLA BILLAHIL - ‘ALIYYIL-’AZHIM.
Bagi
orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok
dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib.
Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang
(Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
iix.
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan
dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai
keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas²
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda
Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka
berserta dengan Malik penunggunya.
ix.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke
Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib
di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu
bapanya.
x.
Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya,
lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad,
Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah
: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada
sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan
angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah
S.W.T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan
buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan
dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat
(surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan
Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu
panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W.
merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah
waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali
dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang
lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu
juga.
5. Selepas Mi'raj
Rasulullah
S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.
Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Isra' dan Mi'raj yang amat
ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin,
27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,
peristiwa Isra' dan Mi'raj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah
yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih
penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut
bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Isra' dan Mi'raj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh
yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya
peristiwa dalam Isra' dan Mi'raj ini dipelajari dan dihayati
benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Isra' dan Mi'raj juga
adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan
peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi
sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa
Isra' dan Mi'raj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala
telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. :
“Maha
Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). Wallahu’alam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar